Tuesday, November 22, 2016

Gubahan - Hobi jadi duit

Hi.. Assalamualaikum..

Tau tak? Hobi saya di kala punya kelapangan adalah menggubah. Saya sangat suka menggubah bunga dan hantaran perkahwinan.

Menggubah tau, bukan mengubah. Tapi mengubah pun ye jugak. Hobi saya jugak tu. Mengubah posisi perabut di rumah. Bila imaginasi saya berputar je, mula lah nak mengubah posisi perabut kat rumah tu. Sebab kadang-kadang bosan dengan posisi perabut yang ada. Heheh..

Ok, balik pada yang asal. Menggubah ni saya mula minat sejak kecil. Waktu tu saya perhatikan je ibu saya buat bunga telur untuk majlis perkahwinan adik ibu. Seronok betul saya tengok dia buat tu. Dengan accessories yang macam-macam ada seperti manik-manik yang beraneka size, jenis dan warna, riben berwarna warni, lidi, gam panas memang memukau mata saya masa tu.

So, bila diberi peluang untuk menolong ibu masa tu, saya memang la teruja sangat.

Sejak dari tu, ada je kreativiti yang saya buat dari saki-baki accessories tu.

Sampai la ke besar minat tu tetap ada. Hantaran kahwin adik kakak-kakak saya dan even saya punya hantaran kahwin pun saya buat sendiri. Saya puas dengan hasil tangan saya sendiri.

Alhamdulillah, hasil dari air tangan saya tu disukai orang. Ada yang menempah untuk saya gubahkan hantaran perkahwinan untuk ahli keluarga mereka.

Antara pengalaman yang saya tak boleh lupa, (tapi saya tak ingat la mana dia dapat contact number saya masa tu) saya dapat tempahan untuk membuat gubahan hantaran perkahwinan orang India. Menggigil gak la nak buat something yang different dari culture kita sendiri ni. Ye la, diorang pun punya adat yang tersendiri. Tapi it's a very nice experienced. 

Sehingga hari ni, banyak jugak la gubahan yang dah saya ilhamkan. Cuma tak banyak gambar yang ada. Al-maklumlah, dulu ambil gambar kena cuci filem bagai.. Tak canggih macam sekarang.

Oh ye.. Baru-baru ni ada dapat offer untuk buat gubahan fresh fruits dalam bakul bersama fresh flower. Pengalaman baru jugak tu. Sebab sebelum ni kebanyakannya guna fake flowers je. Kecuali buat gubahan sireh junjung. So, agak mencabar bagi newbie macam saya ni untuk belajar tentang fresh flowers.

Tapi alhamdulillah.. Mereka suka dengan hasil tangan saya. Dan sekarang setiap kali ada event, diorang akan order dari saya fruits basket with fresh flowers tu.

Itu lah hobi saya yang mendatangkan duit. Bukan susah sebenarnya nak cari duit ni. Di mana ada kemahuan dan usaha, in sya Allah, Allah akan permudahkan jalan untuk kita.

Kat bawah ni, gambar antara hasil tangan saya baru-baru ni. Gambar-gambar gubahan hantaran anda boleh tengok dalam album My Creative Fingers di Facebook saya Irene Kass.

Salam sayang.. 😘😘

♡iK♡
018.2608740