Friday, October 7, 2016

RESVERATROL DALAM RED WINE DAN VIVIX

Istilah French Paradox mula popular sejak awal 1990-an. Ianya merujuk pada pertentangan antara tingginya pengambilan lemak tepu dengan rendahnya jumlah penderita penyakit koroner jantung di Perancis. Setelah dikaji secara mendalam, mereka mendapati bahawa penyebabnya adalah orang-orang di Perancis adalah pengamal wine yang tinggi, terutama red wine.

Kenapa RED WINE??

Ini adalah kerana kandungan resveratrol dalam red wine telah diketahui baik untuk kesihatan jantung, sejak dulu lagi. Beberapa penelitian telah menunjukkan bahawa resveratrol dapat mengurangi risiko inflamasi dan pembekuan darah, juga mencegah obesiti dan diabetes yang mana semuanya adalah punca kearah penyakit jantung. (Sumber: DetikFood)

Apa itu RESVERATROL?

Resveratrol adalah sejenis antioksidan yang banyak terdapat di dalam buah anggur dan paling banyak terdapat pada kulit buah anggur. Ia asalnya berfungsi untuk mengelakkan buah anggur daripada diserang kulat atau fungus. Dalam banyak-banyak spesies buah anggur, buah anggur jenis muscadine adalah anggur yang mempunyai tahap resveratrol paling tinggi.



Antioksidan sangat penting untuk mengelakkan sel badan daripada "berkarat". Namun, kandungannya lebih tinggi pada wine dibandingkan dari buah itu sendiri mahupun jusnya. Ini adalah disebabkan beberapa aspek pembuatan wine dapat mengubah kandungan piceid menjadi resveratrol. Red wine mengandungi resveratrol lebih banyak dibanding white wine, kerana red wine diperam/ditapai dengan kulit anggur lebih lama berbanding white wine.

But anyway, Wine adalah HARAM di sisi Islam. Sebab ianya telah ditambah aditif/alkohol yang boleh menyebabkan kepala berat. Senang cerita memabukkan la kan. Selain dari itu, wine juga ditambah dengan sulphit/belerang bagi mengelakkan wine menjadi busuk. Korang rasa..?

So, macam mana nak dapatkan Resveratrol yang HALAL, sihat dan bermutu..?

Makanlah VIVIX Shaklee.. Vivix mengandungi 10 kali ganda resveratrol dari produk kesihatan resveratrol yang lain dan berganda-ganda lebih berkhasiat dari red wine. Ini kerana selain anggur muscadine, ia turut mengandungi tumbuhan yang juga tinggi kandungan resveratrol yang dikenali dengan nama polyganum cuspidatum. Yang paling penting ianya sihat, terjamin dan Halal.

♡iK♡

#SIDproShakleeKlang
#TsunamiShaklee
#Hunt2Shaklee
#ShiningStars
#Vivix