Tuesday, September 13, 2016

Casa Impianku

Casa impian.. Tetiba teringat cerita ni dulu.. Eric Leong dengan sentuhan-sentuhan dekorasi beliau yang sangat mengagumkan. Memang minat deco-deco ni. Tapi tak kesampaian nak jadi professional interior designer. Heheh..

Kalau tengok siri cerita ni mula lah berangan nak ada rumah sendiri. Landed property.. Rumah yang sederhana, tapi selesa. Cukup untuk saya sekeluarga berteduh dan berlindung.. Yang penting interior design dia mesti tip top.. Berangan kan..?? Tapi berangan tu boleh jadi satu doa tau.

Alhamdulillah saya memiliki rumah sendiri pada usia 30 tahun. Selepas 5 tahun berkahwin. Rumah yang saya idamkan.. Bukan setakat sederhana tapi dah cukup luas untuk saya dan suami. Memang tak pernah nak sangka pun dapat beli rumah. Lagi-lagi rumah teres 2 tingkat yang developer nya memang ternama. Yang bestnya, rumah yang saya beli tu rumah contoh. Segala yang ada dalam rumah contoh tu diberi sekali oleh developer. Rezki kami.. Ya Allah.. seronok tak terhingga masa tu. Masuk umah cuci kaki je. Dalam keadaan saya dan soulmate saya tak stabil lagi dalam pengurusan kewangan. Tapi pengurusan Allah tu lebih baik. Dia lebih tau apa yang terbaik buat kami. Alhamdulillah, syukur juga lepas dapat masuk rumah baru, dapat tau saya pregnant. Anak sulung.. Ya, selepas 5 tahun menunggu.. 😢😢😢 Syukur tak terhingga. Di beri rezki yang tak ternilai. Double bonanza..

Sekarang impian saya ialah untuk renovate rumah tu supaya jadi lebih selesa. Sebab anak pun dah 3 orang dan semakin membesar.. Kalau boleh nak parents pun duk sekali.. Saya nak family seronok bila berada dirumah. Rumahku syurgaku.. Lagipun suka kalau ada family members lain dan kawan-kawan datang rumah. Orang kata, tetamu tu pembawa rezki. Bila rumah cantik dan selesa mesti seronok kan..

In sya Allah.. #wishmydreamcometrue #believeinyourself

♡iK♡

#tsunamishaklee
#hunt2shaklee
#wahmillionaire