Saturday, January 3, 2015

Assalamualaikum 2015 dan Salam Maulidurrasul

Hai semua..
Assalamualaikum..



Harap masih tak terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada korang semua. Walaupun sudah masuk hari ketiga hari ni. Dikesempatan ini juga saya ingin menyusun jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan saya mahupun kelemahan saya yang tanpa saya sedar ada mengguris hati sesiapa pun. Saya harap ditahun baru ini saya dapat membuka buku baru tanpa membawa kesilapan dan kelemahan yang telah lalu tu bersama.

Huh, panjang pulak saya membebel kan.. So, apa plan korang untuk tahun 2015 ni?? Walaupun negara kita telah mengalami banyak kisah sedih sepanjang tahun 2014 yang lepas, kita sama-sama lah berdoa semoga kesedihan tu tidak berpanjangan dan akan ada sinar baru di tahun 2015 mahupun ditahun-tahun yang akan datang.

Korang ada azam baru tak?? Apa azam saya ye.. hmmm.. tahun lepas dan tahun sebelum-sebelumnya pun azam saya tak kesampaian..

Tapi tidak untuk tahun ni insyaAllah.. Setelah bertungkus-lumus mengutip ilmu-ilmu dari orang-orang hebat Shaklee dan juga kawan-kawan seperjuangan, orang-orang yang dah berjaya, jutawan-jutawan online, saya akan pastikan azam saya akan terlaksana at least 80% dari apa yang saya impikan..

Hehehe.. Biarlah orang kata saya poyo ke.. gebang lebih ke.. saya tak boleh tutup mulut orang kan. Sekurang-kurangnya saya ingin menjadi seorang yang positif dan bercita-cita.. Samada ianya berjaya atau tidak semuanya atas usaha saya dan ketentuan dan izin dari Allah..

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua.. Jom kita berselawat ke atas Rasullullah dan hadiahkan Al-fatihah ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.. Semoga dia juga akan sentiasa mendoakan ummatnya sehingga akhir zaman dan di izinkan Allah agar kita dapat bertemu dengan Kekasih Allah ni di sana nanti, insyaAllah..

Saya mendoakan korang success di dalam segala apa yang korang usahakan dan dipermudahkan segala urusan. Saya harap, korang juga dapat mendoakan saya berjaya di dalam business yang saya sayangi ini agar saya dapat membahagiakan dan membantu insan-insan yang memerlukan, insyaAllah..

Assalamualaikum 2015 dan Salam Maulidurrasul..







********************************************************************


~JOM PILIH CARA HIDUP SIHAT~

ID: 911023

Saya adalah wakil Shaklee untuk penghantaran seluruh Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila email saya di irenekass.fifi@gmail.com atau sms/w.app/wechat/telegram saya di
012-6509036.