Wednesday, October 29, 2014

Gulai Lemak Ketam air tangan bapa mertua.

As salam..

Saya memang bertuah mendapat bapa mertua yang baik. Dan yang paling bestnya dia pandai masak. Kalau ada kenduri kendara, dia lah chief memasak kat umah dan kawasan sekitarnya. Dia pun bertuah jugak punya menantu macam saya.. Menantu 'menghantu'.. hehehe..



Saya bukan tak nak memasak, tapi saya lebih suka makan masakan bapa mertua saya tu. Setiap kali kami anak beranak kerumahnya pasti dia akan masak macam nak buat kenduri. So, kalau saya tak makan nanti membazir la pulak kan.. kecik pulak ati dia nanti.. (hahaha.. alasan..).

Yang paling favorite sekali bila dia masak Gulai Lemak Ketam. Saya bukan taknak cuba masak sendiri. Tapi air tangan orang ni lain2 rasanya.. pasti takkan sama (alasan lagi.. ;p).

Gambar hiasan je..


Ok, saya share kat sini bahan2 nya ye..

1. Bawang merah (blend halus)
2. Bawang putih (blend halus)
3. Halia (blend halus)
4. Serai
5. Daun kunyit
6. Cili giling
7. Asam keping
8. Gula & garam (secukup rasa)
9. Opkos la ketam kan.. ;)


Orait.. cara masak pandai2 la ye campak2 & agak2.. saya cakap nak share bahan2 dia je bukan nak share cara masak.. hahaha.. jangan marah..

Selamat mencuba..