Thursday, October 23, 2014

Enfuselle Skin Care Shaklee - Rahsia muda jelita

As salam semua..

Beberapa hari terpaksa meng 'mc' kan diri dari mengarang entry coz sakit mata.. Terpaksa jugak merehatkan mata walaupun dalam fikiran macam2 yang nak diluahkan.

Takpe lah.. semoga musibah yang melanda tu mendapat pengakhiran yang baik2 je, insyaAllah.. Walaupun hari ni mata tu ada kelabu2 asap sikit, tapi gatal juga nak baca buku panduan nutrisi. Dah belek2 tu seronok pulak bila baca tentang produk penjagaan kulit Enfuselle Shaklee.

Wahhh.. Jangan tak tau, hokey.. Shaklee juga mempunyai rangkaian produk penjagaan kulit yang termaju dipasaran tau. Lebih baik malah lebih jimat dari produk berjenama antarabangsa yang top2 tu. Haaa... tu dia. Bukan penjagaan kecantikan dalaman je hokey, luaran pun ado.. Orang2 pompuan ni kan memang suka bab cantik2 ni. Walaupun dah jaga kecantikan dari dalam, tak lengkap hidup perempuan tu kalau takde benda nak tempek2 kat muka.. hehehe saya la tu salah sorang nye. Meh saya citer sikit, k tentang Enfuselle Skin Care Shaklee..

Shaklee telah menjalankan penyelidikan nutrisi selama lebih 50 tahun untuk mencipta set penjagaan kulit yang termaju di pasaran ni. Nutrisi adalah kunci utama untuk wajah yang sihat dan cerah berseri. Yang paling penting adalah nutrien yang betul, jumlah yang betul dan mengikut kesesuaian kulit anda.

Asas Enfuselle ialah Vital Repair+ Complex Shaklee yang eksklusif. Satu campuran sinergi tujuh nutrien antipengoksida yang menghasilkan hasil yang lebih hebat berbanding penggunaan nutrien secara berasingan.

Perbezaan Shaklee:-

☆ Berasaskan nutrien

☆ Terbukti secara klinikal

☆ 7 paten

☆ Diuji oleh pakar dermatologi

☆ Sentiasa tidak menimbulkan alahan

☆ pH seimbang

☆ Tidak diuji pada haiwan


Enfuselle Skin Care Shaklee telah dirumuskan TANPA:-

♧ Parabens
♧ Natrium lauril sulfat atau natrium
♧ Propilena glikol
♧ Penghasilan daripada haiwan atau produk sampingan daripada haiwan
♧ Minyak mineral atau petrolatum
♧ FD&C atau pewarna
♧ Ftalat
♧ 1,4 - dioksana


Enfuselle Skin Care atau Nutrition Therapy Skin Care System ini terdiri daripada:-

1. HYDRATING CLEANSING LOTION

2. PURIFYING CLEANSING GEL

3. HYDRATING TONER

4. PURIFYING TONER

5. HYDRATING MOISTURIZER

6. BALANCING MOISTURIZER

7. EYE TREATMENT





Saya akan cerita lebih lanjut dalam entry seterusnya, k..

Tunggu..